Usai sahaja melangsungkan persembahan dalam konsertnya, penyanyi kesayangan ramai Datuk Seri Siti Nurhaliza berkesempatan menyambut ulang tahun kelahiran anaknya yang diadakan keesokan harinya.

Diadakan Dalam Serba Meriah!ย 

Siti Aafiyah Khalid bakal menginjak umur setahun pada esok, 19 Mac namun keluarganya terlebih dahulu menyambut ulang tahun puteri kesayangan mereka semalam (17 Mac). Majlis yang diadakan dalam serba ceria ini disambut dengan begitu meriah.

Malah dalam majlis itu, Aafiyah juga tidak keseorangan kerana ibunya turut menjemput kenalan-kenalan yang mempunyai anak kecil. Antara selebriti yang kelihatan dalam majlis itu termasuklah Rozita Che Wan, Aamyra Rosli, Liza Hanim, Datuk Jovian Mandagie, Jihan Muse dan ramai lagi.

BACA  Elizabeth Tan Sering Rasa Gelisah Melampau, Mahu Berhenti Menyanyi?

Keletah Siti Aafiyah Curi Perhatianย 

Pelbagai aktiviti menarik telah disediakan buat tetamu yang hadir dan yang mencuri perhatian semestinya gelagat Aafiyah yang begitu comel!

Rata-rata peminat membanjiri ruangan komen Instagram Siti dengan ucapan hari lahir dan doa buat Aafiyah. Selamat hari lahir Siti Aafiyah Khalid!