Tahniah kami ucapkan buat pasangan selebriti, Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana yang telah menimang cahaya mata kedua pada petang Ahad.

Timang Cahaya Mata Perempuan 

Berita gembira itu telah dikongsi sendiri oleh Syamsul menerusi laman Instagram nya. Menurut Syamsul, isterinya telah selamat melahirkan cahaya mata kedua mereka yang merupakan seorang bayi perempuan.

Terdahulu, Syamsul dan Puteri Sarah telah dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Syaikhul Islam.

“Alhamdulillah Maha Suci Allah Maha Pemberi Segala Rezeki..Anak kedua kami selamat dilahirkan pukul 3.30 petang tadi.”

Namakan Anak Sebagai Sumayyah 

Kongsi pengarah filem Munafik 2 itu lagi, mereka telah bersepakat untuk menamakan anak perempuan dengan nama Sumayyah binti Mohd Syamsul.

“Kalini Allah kurniakan kami anak perempuan yg diberi nama Sumayyah binti Mohd Syamsul.”

“Alhamdulillah terima kasih semua yg mendoakan.. #tangisanKesyukuran” tulisnya.

https://www.instagram.com/p/BvEtes6H6e8/

Rata-rata peminat membanjiri ruangan komen Instagram Syamsul dengan ucapan tahniah selain mendoakan yang terbaik buat keluarga selebriti ini.

BACA  Wow! Single Duet Yuna Terbaharu Ini Begitu 'Catchy'