Suicide Squad merupakan watak-watak penjahat yang telah menjadi adiwira buat seketika demi menjayakan satu misi keamanan yang membolehkan hukuman mereka dikurangkan. Menerusi filem nya sebelum ini Suicide Squad dibarisi oleh Deadshot, Harley Quinn, El Diablo dan beberapa penjahat yang lain.

Suicide Squad Kembali

Terbaru, sesuatu yang menggembirakan buat peminat DC, ini kerana Suicide Squad dikatakan bakal kembali dan akan memulakan penggambarannya pada hujung tahun ini. Ramai yang teruja dan ingin mengetahui apakah lanjutan kisah Joker yang terselamat dalam misi tersebut. Akan tetapi niat tersebut barangkali terpaksa dilupakan.

Edisi Reboot 

Ini kerana menurut sumber Suicide Squad yang akan datang merupakan sebuah filem ‘reboot’ dan bukalah sekual untuk filem terdahulu. Malah James Gunn, pengarah Guardians Of The Galaxy telah dilantik menjadi penulis filem Suicide Squad terbaharu itu.

Berdasarkan info, Margot Robbie akan dikekalkan sebagai Harley Quinn namun watak Deadshot yang dimainkan oleh Will Smith akan digantikan oleh Idris Elba.