Bertaraf mega! Itulah yang kami boleh katakan mengenai konsert jelajah Datuk Seri Siti Nurhaliza, #SitiNurhalizaOnTour yang melabuhkan tirainya di Stadium Axiata, Kuala Lumpur.

6 Perihal Menarik Di Konsert Jelajah Siti Nurhaliza Kuala Lumpur

Begitu banyak moment manis yang dirakam sepanjang konsert jelajah ini berlangsung, malah rata-rata yang hadir meluahkan rasa bangga dan teruja apabila dapat melihat sendiri penyanyi kesayangan mereka ini membuat persembahan di hadapan mata. Hangat.com rangkumkan beberapa perihal menarik sepanjang Konsert Jelajah Siti Nurhaliza Kuala Lumpur ini berlangsung.

5Hampir 30 Buah Lagu Dinyanyikan

Sepanjang lebih dari 2 jam konsert ini berlangsung, hampir 30 single hits telah dinyanyikan Siti dalam pelbagai versi. Lebih kepada menghiburkan dan mengubat kerinduan peminat, aura dan vokal Siti yang mampu bernyanyi dengan baik ternyata begitu memukau.

4200 Media Hadir Buat Liputan

Lebih dari 200 orang penggiat media telah hadir membuat liputan dan dikhabarkan ianya merupakan acara paling ramai dihadiri oleh penggiat media.

3Nur Sajat Curi Tumpuan

Tanpa mengira sesiapa pun, Siti turut merakamkan ucapan terima kasih nya buat rakan-rakan artis yang hadir antaranya seperti Siti Sarah, Siti Elizad, Hael Husaini, Dayang Nurfaizah dan ramai lagi. Yang paling mencuri perhatian ketika itu adalah usahawan selebriti, Nur Sajat Kamaruzzaman yang disebut Siti dalam ucapannya.

Ketika itu, seluruh stadium bergema dengan sorakan sebaik sahaja kamera memfokuskan pada wajah Nur Sajat.

BACA  Mahu Ke Konsert Westlife Di Kuala Lumpur? Ini Senarai Harga Tiket

2Teriakan Keramat ‘Siti’

Buat sesiapa yang pernah menonton mana-mana persembahan Siti Nurhaliza, sudah semestinya jeritan nama ‘Siti’ akan kedengaran dari peminat. Malah di dalam stadium ketika itu juga pekikan tersebut turut kedengaran dan tidak kurang juga nama Siti Aafiyah turut disebut-sebut.

1Peminat Dari Mekah Antara Penonton Yang Hadir

Ketika merakamkan ucapan terima kasihnya, menurut pelantun Anta Permana itu dia berterima kasih serta terharu kerana peminat-peminatnya yang datang dari pelbagai tempat sudi hadir menonton konsertnya. Tambahnya lagi, dia turut terkejut kerana terdapat beberapa orang peminatnya datang dari dari Mekah semata-mata ingin menonton konsert tersebut.