Beberapa hari yang lalu, usahawan selebriti Datuk Seri Aliff Syukri mencetuskan kontroversi nya tersendiri dengan mengenakan bayaran RM1 untuk mana-mana individu yang ingin bergambar bersama nya.

Teruk Dikecam 

Disebabkan itu, dia teruk dikecam di media sosial sehingga terdapat segelintir pihak yang menganggap nilai dirinya terlalu murah hanya kerana mengenakan caj bayaran buat mereka yang ingin bergambar. Tidak cukup dengan itu, terdapat juga tuduhan yang mendakwa usahawan ini benar-benar ingin mengaut keuntungan di atas kesempatan itu.

Berjaya Kumpul Lebih Dari RM1,000

Namun begitu, menerusi posting terbaharunya Aliff telah mendedahkan segala-galanya sekaligus membuatkan mereka yang menuduhnya terdahulu berasa bersalah. Ini kerana, menurut Aliff niatnya itu hanyalah sebagai satu inisiatif untuk membantu kanak-kanak yang memerlukannya.

View this post on Instagram

besar erti nilai rm1 bagi org susah setuju tak??.. sy tak sanggup menjadi peminta minta utk bayar seringgit bergambar dgn saya… tapi sy kuatkan diri utk allah.. . . korang tengok dgn rm1 kalau kita bersatu walaupun seringgit bila kumpul banyak-banyak lebih pada sorang kita dapat tolong… syukur semalam sy dpt kumpulkan lebih rm1k utk kempen bergambar dgn saya 1org seringgit seorg…Bukan seringgit yang patut korang pandang. Tapi pandang laaaa pahala kat akhirat nanti itu lg besar… bukan sbb nak bergambar dgn sy tpi rezki yg kita kongsikan… doakan semoga pahala yg dpt utk arwah abah saya dan saham akhirat saya dan pagala utk pemberi duit ini aminn.. kri syg abah.. . . kalau setuju boleh komen d bawah apa lagi patut saya buat utuk salurkan duit hasil rm1 utk bergambar dgn saya dan bisnes sy @as.legacymalaysia komen paling bernas sy akan buat lagi utk membantu next plan..utk sy bantu .. siapa patut saya bantu lagi?? utk full vedio pergi di youtube saya tvterlajaklaris

A post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on

Malah jelas Aliff lagi, hasil daripada inisiatif itu dia berjaya mengumpul dana lebih dari RM1,000. Disebalik kecaman terdahulu, rata-rata netizen memuji niat baik usahawan itu selain mendoakan yang terbaik buatnya. Terharu bukan?