Setahun yang lalu, tarikh 19 Mac ini benar-benar menjadi perhatian apabila penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza telah selamat melahirkan puteri sulungnya bersama Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa yang dinamakan Siti Aafiyah.

Tarikh 19 Mac Yang Bermakna 

Masih segar dalam ingatan kami ketika itu, semua media Malaysia tertumpu pada penyanyi kesayangan ramai ini malah boleh dikatakan setiap jam ada sahaja berita mengenainya. Tidak cukup dengan itu, kerana terlalu teruja ingin melihat bayi paling popular negara ini, terdapat segelintir pihak cuba menularkan gambar Aafiyah yang digelarkan Siti dan keluarga ketika itu sebagai Si Pipi Merah.

View this post on Instagram

Tq mak @rozisangdewi ….untung kita kecik2 ada puisi khas… .. … 19 Mac 2019-Siti Aafiyah dah setahun. Selamat hari lahir Aafiyah, semoga selalu di dalam jagaan Allah.. . KURNIA 5 . Tepat hari nian singkat berlari, Tangis pertama masih didengari, Direnjis doa bertali, kehadiran disantuni, Dari arah mana, sama ikhlas mengiringi. . Senyum, hilang garis mata, Tangis, bak gelombang sukma, Keletah mengusik jiwa ayahanda, Ragam memetik kasih bonda, Manis seimbas gula cinta. . Bertatihlah, perlahan-lahan, Bertatihlah, untuk berjalan, Bertatihlah, untuk terus ke depan, Kehidupan bersilang ganti ujian, Meski bertongkat siku, bertampung lengan, Kuatlah demi menggapai impian. -Rozisangdewi. 19 Mac 2019. . #rozisangdewi #aafiyahanakibu

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk) on

Ucapan Siti Buat Aafiyah Begitu Mengharukan 

Hari ini, Aafiyah sudah setahun umurnya dan yang paling teruja semestinya ibu dan ahli keluarganya. Bersempena dengan hari lahirnya, Siti telah menitipkan sebuah ucapan khas buat anakanda tersayangnya. Dalam ucapannya itu, Siti begitu bersyukur kerana dikurniakan seorang puteri yang comel serta turut menzahir penantiannya menimang zuriat memerlukan kesabaran yang tinggi.

“Menantimu suatu kesabaran yang sangat tinggi.. Doa ibu dan Ayah , Siti Aafiyah menjadi anak yang soleha, baik budi, sopan, berilmu,berprinsip , kuat jadi diri, hormat orang ,bak kata semua yang baik buat anakku”

Menurut Siti lagi, semakin Aafiyah membesar semakin banyak Siti melihat dirinya pada anaknya itu.

View this post on Instagram

Harini 19.3.2019 … setahun yang lalu pada tarikh yang sama , permata hati ayah ibu iaitu Siti Aafiyah Khalid dilahirkan… Allah SWT sahaja yang Maha Mengetahui betapa syukurnya ibu ,Ayah serta semua yang mendoakan ibu selama ini.. Menantimu suatu kesabaran yang sangat tinggi.. Doa ibu dan Ayah , Siti Aafiyah menjadi anak yang soleha, baik budi, sopan, berilmu,berprinsip , kuat jadi diri, hormat orang ,bak kata semua yang baik buat anakku.. namun, sebagai manusia dikau pasti tidak lepas dari kesilapan , tak mengapa.. ibu ayah akan menegurmu ,mendidikmu.. abang abangmu akan menjagamu.. keluarga & orang sekeliling akan mengingatkanmu & Allah SWT sentiasa disisimu sayang.. Semakin dikau membesar, semakin banyak ibu lihat diri ibu pada mu.. tak kurang ada juga senyuman nakal & perangai Ayah pada dirimu.. Aafiyah..jadilah insan yg bermanafaat kepada insan lain yg memerlukan & ingat.. sentiasa merendah diri serta hormat ibubapa &orang sekeliling kerana tinggi darjat seseorang itu kerana dia meninggikan darjat org lain ..Doa ibu setiap saat untuk Aafiyah.. ‘Allahumma inni As aluka Al A’afiya’ …. #IbuAafiyah ❤️❤️❤️ #aafiyahanakibu

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk) on

Malah Siti turut mendoakan agar anaknya itu sentiasa merendah diri dan sentiasa menghormati orang lain. Selamat hari lahir diucapkan buat Siti Aafiyah Khalid!

BACA  [GAMBAR] Sekitar Sambutan Hari Lahir Siti Aafiyah Yang Serba Meriah!