21 April hadapan, Stadium Axiata Arena sekali lagi akan menjadi tumpuan apabila Anugerah MeleTOP Era (AME2019) akan berlangsung.

Nabil Ahmad & Neelofa Berundur Dari Pencalonan 

Bertemakan Yang Legit Yang Legend, AME2019 masih mengekalkan dua pengacara nya, Neelofa dan Nabil Ahmad. Untuk AME kali ini, pelawak dan pengacara Jihan Muse turut menjadi pengacara anugerah itu disamping kedua-dua pengacara utamanya.

Namun begitu, satu pengumuman telah dibuat dimana Nabil dan Neelofa telah mengundurkan diri dari tercalon dalam mana-mana kategori yang dipertandingkan.

Enggan Dilabel Syok Sendiri 

Keputusan itu dibuat mereka secara sukarela selepas enam tahun turut tercalon dalam anugerah itu. Menurut Neelofa, keputusan itu dibuat bagi mengelakkan netizen terus mengkritik mereka dengan menyindir AME seolah-olah seperti ‘anugerah syok sendiri’

“Selepas enam tahun bergelar hos dan dicalonkan dalam AME rasanya sudah tiba masanya kami undur diri bagi mengelakkan orang kata ia anugerah syok sendiri dan hanya tuan rumah yang menang,”

Sebagai rekod, pada AME2018 Neelofa dikatakan telah menang besar apabila berjaya merangkul beberapa anugerah utama dalam AME iaitu Artis Top Top MeleTOP Wanita, Pelakon TV MeleTOP dan Fesyen MeleTOp.