Terdahulu, hangat memperkatakan mengenai desas-desus bahawa hubungan Sharnaaz Ahmad dan isteri yang juga kakak kepada Neelofa, Noor Nabila dikatakan sedang goyah.Isu hubungan mereka mula diperkatakan apabila pelakon itu beberapa kali berkongsi status di laman sosial, seolah-olah menggambarkan situasi yang dilaluinya sekarang. Malah terdapat dakwaan daripada netizen bahawa kedua-dua mereka dilihat mendapatkan khidmat kaunseling di pejabat agama.

Neelofa Jadi Punca?

Terbaharu, kemelut rumah tangga selebriti itu turut dikaitkan dengan Neelofa apabila dia dikatakan menjadi punca kepada hubungan suami isteri itu. Segalanya tercetus apabila dia meninggalkan komen di Instagram kakaknya yang seolah-olah dilihat seperti membalas kenyataan Sharnaaz.

Nafi Dakwaan Netizen

Menjawab tuduhan berkenaan, Neelofa menafikan bahawa dia adalah punca mengapa rumahtangga kakaknya bersama Sharnaaz kini sedang goyah. Jelasnya, netizen tidak tahu apakah yang sedang dilalui oleh pasangan itu dan menharapkan orang ramai mendoakan yang terbaik buat mereka.

“Saya sayang kakak dan anak saudara. Saya harap orang ramai terutama rakan dan keluarga memberikan sokongan dalam apa jua situasi yang mereka hadapi sekarang.

β€œOrang luar tidak tahu apa yang mereka lalui,”

Sharnaaz dan Nabila telah mendirikan rumah tangga pada 31 Mac 2017. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki yang kini berusia lapan bulan, Jebat Jayden.

BACA  'Bad Attitude & No Manners'- Penaja MeleTOP Kecewa Dengan Sikap 'Diva' Neelofa