Peminat sedia maklum bahawa selebriti antarabangsa, Kourtney Kardashian sedang memberi beberapa petunjuk bahawa dia bakal lancarkan satu produk baharu menerusi jenamanya sendiri, Poosh.

Muat Naik Gambar Bogel Di Instagram 

Terdahulu, Kourtney sedang giat mempromosikan laman web Poosh namun sehingga kini peminat masih berteka-teki mengenai apakah Poosh sebenarnya. Malah demi merancakkan promosi pelancaran laman web itu, Kourtney telah memuat naik satu gambar ‘teaser’ di laman Instagram nya yang benar-benar menarik perhatian. Manakan tidak, dalam gambar tersebut kelihatan Kourtney berbogel di dalam sebuah tap mandi dimana hanya buih-buih menutupi bahagian payudara dan kemaluannya.

View this post on Instagram

Love yourself as deeply as you love them.

A post shared by Kourtney Kardashian (@kourtneykardash) on

Gambar Jelas Disunting 

Bukan itu sahaja, gambar tersebut turut menjadi perbualan hangat kerana ianya jelas ketara memperlihatkannya seperti sebuah gambar yang disunting. Sama seperti adik-beradiknya yang gemar memuat naik gambar disunting, peminat turut berseloroh dengan mengatakan ianya gambar suntingan yang paling teruk paling dilihat.

BACA  Selingkuh? Ini Alasan Kate Middleton Bawa Anak-anak Pulang Ke London Tanpa Suami

Bagi Kourtney dan The Kardashians yang lain, seperti biasa mereka hanya mengabaikan komen-komen tersebut dan tampil sukses dengan kerjaya tersendiri. Buktinya? Lihat saja Kylie Jenner yang kini dinobatkan sebagai jutawan paling muda di dunia.