Sejak tampil dengan single Ddu-Ddu-Ddu sembilan bulan yang lalu, Kumpulan Blackpink melakar sejarahnya tersendiri apabila mencatat beberapa rekod antarabangsa termasuklah tersenarai dalam carta Billboard 100.

Jennie Diiktiraf Artis Wanita Berkumpulan Paling Pengaruh

Malah setiap populariti anggota Blackpink, Jennie, Jisoo, Lisa dan Rose punyai pengaruhnya tersendiri. Buktinya, Jennie baru sahaja diiktiraf sebagai artis wanita berkumpulan paling berpengaruh di Korea.

Dalam senarai 30 teratas itu, Jisoo turut tersenarai dengan menduduki tangga keenam selain melihatkan anggota kumpulan wanita Korea yang lain seperti Itzy dan Girls Generation juga berada dalam senarai.

Bakal Muncul Dengan Album TerbaharuΒ 

Dalam perkembangan lain, Blackpink yang baru sahaja menamatkan konsert jelajah mereka di Kuala Lumpur Februari yang lalu dikatakan bakal muncul dengan album mini mereka yang terbaharu tidak lama lagi.

BACA  Single Blackpink 'Kill This Love' Catat 3 Rekod Dunia Dalam Masa Kurang 24 Jam

Syarikat pengurusan mereka, YG Entertainment mendedahkan bahawa kumpulan ini akan kembali pada hujung Mac dan video muzik album terbaharu itu akan menjalani sesi rakamannya bermula minggu ini.