Kisah asmara selebriti memang selalu menarik diperhatikan. Tak menjadi hairan jika netizen selalu heboh jika ada hubungan cinta selebriti yang kandas. Apalagi kalau sudah melangsungkan pertunangan.

Ya, setiap hubungan pasti inginkan lancar hingga mengharungi kehidupan pernikahan. Tapi, manusia merancang Tuhan pula yang menentukan. Seperti pelakon Remy Ishak yang hampir 2 tahun mengikat tali pertunangan namun kini terpaksa putuskan melepaskan tunangnya itu demi kebaikan bersama.

Hal ini bukanlah perkara asing yang berlaku di kalangan selebriti, ramai lagi yang mengalami nasib yang sama. Nah, berikut ini beberapa selebriti Malaysia yang sudah bertunang namun harus berpisah.

5Dazrin & Amyra Rosli

Siapa sangka, kalau dah bukan jodoh, tiada siapa yang boleh pertikaikan. Pelakon Dazrin & Amyra Rosli  sepatutnya berkahwin pada 8 Ogos 2014. Dazrin dan Amyra melangsungkan pertunangan mereka pada 25 Ogos 2013 akan tetapi pasangan ini mampu bertahan selama 1 tahun dan sehingga kini tidak ada kenyataan rasmi dari kedua-kedua pihak mengenai punca putus tunang.

Putusnya hubungan mereka telah mencetuskan kontroversi gara-gara nama Ramona Zam Zam dikaitkan dalam hal ini. Wah panas! – Says.com

4Awi Rafael & Atikah Suhaime

Bahang kontroversi pasangan ini masih terasa selepas kecoh pasangan umumkan tak jadi kahwin! Awi dan Atikah bertunang selama hampir setahun dan sepatutnya bernikah pada 17 Mac 2019 yang lalu. Pasangan yang dikenal cukup romantis ini justru memutuskan untuk membatalkan pernikahan beberapa hari sebelum tarikh yang ditetapkan. Batalnya pernikahan mereka sempat jadi kontroversi dikalangan peminat dan media.

3Hans Isaac & Gabriella Robinson

Sudah bertunang dan justru batalkan pernikahan, kisah asmara pelakon dan penerbit filem, Datuk Hans Isaac dan bekas ratu cantik Gabriella Robinson pernah menjadi drama di media sosial pada awal tahun 2018. Pada 28 Februari 2017, Hans mengumumkan pertunangannya dengan Gabriella , dan mereka merancang untuk berkahwin pada 29 Julai 2018.

Bagaimanapun, perancangan itu ditunda kepada satu tarikh yang belum ditetapkan sebelum Hans akhirnya mengesahkan hubungan dengan wanita itu sudah berakhir. Hans pernah membuat kenyataan bahawa hatinya masih belum terbuka untuk cari pengganti sebagai bakal isteri. Walaubagaimanapun. Sehingga akhir ini, ramai yang masih ternanti-nanti bila agaknya Hans mahu menamatkan zaman bujangnya.

2Sufian Suhaimi & Elfira Loy

Pertunangan antara Sufian dan Efira pada pada Oktober tahun 2017 sempat viral menjadi perbincangan. Malangnya, pasangan ini telah sepakat membatalkan pernikahan tersebut tak lama selepas mampu bertahan selama 5 bulan  mengikat tali pertunangan. Kontroversi putus tunang pasangan ini seperti tiada nokhtahnya.

Lebih panas selepas Sufian berjaya membuatkan netizen  sebak saat melihat prop pelamin serba putih di pentas Anugerah Juara Lagu ke-33 yang lalu dengan mempunyai 1001 cerita disebaliknya.  Ramai tahu bawa lagu itu mempunyai kaitan dengan kisah cinta Sufian.

Walaupun Elfira sudah bernikah dengan pilihan hatinya, namun rata-rata netizen seperti tak boleh moveon dan banyak memberi perhatian kepada nasib yang menimpa Sufian.

1Awie dan Erra Fazira

Bagi penulis, ini satu-satunya kes putus tunang paling kontorversi sepanjang zaman. Bagi generasi 1990-an, pastinya cinta antara Awie dan Erra Fazira bukan rahsia bagi mereka.

Kisah pasangan ini sangat hangat pada masa itu. Awie pernah menjalinkan cinta dengan Erra selepas membintangi filem ‘Sembilu’, terbitan Skop Productions, sebelum mengikat tali pertunangan pada 1996.  Bagaimanapun, tali pertunangan itu putus dan Awie akhirnya menikahi penyanyi Arni Nazira pada Disember 1998.