Jumaat lalu, dunia dikejutkan dengan serangan pengganas di dua masjid di Christchurch, New Zealand yang mengorbankan seramai 50 orang yang berada dalam masjid itu. Salah seorang mangsa rakyat Malaysia yang dikatakan hilang Mohd Haziq sejak kejadian itu disahkan meninggal dunia.

Yuna Dan Keluarga Rakam Ucapan Tahniah 

Pengesahan berita tersebut ternyata begitu mendukacitakan terutamanya buat Malaysia yang mengutuk sekeras-kerasnya akan tragedi tersebut. Berita yang menyayatkan hati itu turut menyentuh perasaan penyanyi Yunalis Zarai atau lebih dikenali sebagai Yuna. Ucap Yuna di laman Twitter nya, dia dan keluarga merakamkan ucapan takziah buat keluarga Allahyarham Mohd Haziq selain turut mensedekahkan Al-Fatihah buatnya.

Difahamkan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang berperanan menjaga hal ehwal agama Islam, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof akan bertolak ke Christchurch bagi mewakili kerajaan Malaysia untuk menyertai solat jenazah dan khutbah Jumaat di negara berkenaan.

Konsert Ditunda 

Dalam perkembangan lain, Yuna turut memohon maaf kepada semua peminatnya kerana konsert jelajahnya di Eropah terpaksa ditunda kerana terikat dengan jadual pembikinan album terbaharunya yang agak ketat.

Namun begitu, Yuna berjanji kemunculannya kelak dalam konsert itu akan dipersembahkan dengan baik demi peminat-peminatnya.