Siapa sahaja yang tidak mengenali Kumpulan Westlife terutamanya buat mereka yang berada dalam lingkungan 90-an! Westlife yang dianggotai oleh Nicky Byrne, Kian Egan, Mark Feehily dan Shane Filan ini merupakan kumpulan lelaki yang begitu popular sehingga ke hari ini.

Westlife Umum Konsert Jelajah Asia 

Terbaru, selepas kumpulan ini memberi beberapa petunjuk mengenai konsert jelajahnya yang dikhabarkan akan diadakan pada tahun ini, Westlife akhirnya mengesahkan khabar gembira tersebut. Menerusi perkongsian mereka sebentar tadi, Westlife akan membuat konsert jelajah Asia dimana sebanyak 7 buah negara akan terlibat termasuk Malaysia!

Berlangsung Dua Hari Di Malaysia 

Konsert yang bermula pada 26 Julai di Bangkok, Thailand akan berakhir di Singapore pada 10 Ogos. Menariknya dalam siri jelajah yang dinamakan sebagai The Twenty Tour ini bukan sahaja akan turut melibatkan Malaysia, malah Westlife akan berkampung disini selama dua hari berturut-turut bagi menjayakan konsert tersebut.

BACA  Sampai Pinjam Seluar! Fizo Omar Imbas Pengalaman Bersama Kamal Adli

Dengan senarai ini, sekaligus menyaksikan Malaysia satu-satunya negara di Asia yang akan berlangsungnya konsert selama dua hari. Tidak hairanlah ianya diadakan lebih lama berbanding negara lain kerana Westlife sendiri mempunyai peminat yang cukup ramai disini. Sediakan duit anda untuk konsert Westlife Ogos ini!