Bekas bintang filem porno terkenal Jepun, Maria Ozawa, menjelaskan beliau tidak pernah menyesal dengan apa hal buruk yang berlaku pada dirinya sebelum ini. Umum, aktres jelita ini pernah menceburi bidang pornografi sebagai kerjayanya.

Menerusi IG Stories, Maria ditanya soalan ini dari pengikutnya dan ini jawapannya.

“Saya tidak pernah ada mengalami kisah silam yang buruk sebelum ini, malah saya bahagia setiap momen dalam hidup saya. Tiada siapa yang boleh menjadi sekuat seperti saya” – jawabnya

Maria yang merupakan wanita keturunan campuran Jepun, Perancis dan Kanada ini menyatakan pilihan dilakukan itu banyak mengubah hidupnya.

Disoal Mengenai Agama

Dalam perkongsian yang berlainan, salah seorang peminat dari Maria telah bertanyakan tentang agama yang di anutinya. Malah Maria tidak dilihat ke gereja untuk menghadiri mana-mana acara keagamaan. Ini responnya!

Maria menjawab, dia tidak mengikuti mana-mana agama setakat ini dan hanya tahu akan tentang kitab Bible. Malah dia turut menasihati pengikutnya supaya tidak menilai seseorang itu kerana tidak ke gereja.

Seperti yang diketahui sebelum ini, Maria mendapat pendidikan awal di sebuah sekolah antarabangsa di Akademi Kristian Jepun. Menurut Maria, hidupnya bukan bermula dengan indah, sebaliknya begitu sukar apabila bapanya merupakan seorang mubaligh.

Selain berlakon filem lucah, Maria juga pernah muncul dalam filem Indonesia, Menculik Miyabi, pada 2010. Miyabi adalah nama lain untuk Maria dalam industri AV.