Hujung Mac ini, pelakon Fasha Sandha bakal disatukan dengan tunangnya yang juga pelakon, Aidil Aziz. Majlis pernikahan akan diadakan di kampung halaman Fasha di Perlis dan diikuti majlis bertandang sebelah lelaki di Rembau, Negeri Sembilan pada April kelak.

Shahida Dan Rakan-Rakan Buat Kejutan Untuk Fasha 

Biarpun Fasha hanya menanti hari sebelum sah kembali menjadi seorang isteri, rakan baiknya Datin Seri Nur Shahida sempat membuat kejutan sambutan awal hari lahir pelakon itu.

Menurut isteri kepada usahawan terkenal Datuk Seri Aliff Syukri itu, meskipun hari lahir Fasha akan tiba sepuluh hari kemudian, namun tujuan dia dan rakan-rakan membuat kejutan turut bersempena meraikan Fasha yang akan melangkah ke alam perkahwinan sekali lagi.

“Semalam sempat saya meraikan majlis suprise hari jadi @fashasandha ……..kami buat suprise utk fasha juga sempena bakal melangkah ke alam perkahwinan sekali lagi..”

https://www.instagram.com/p/BvQdioKHQd3/

Fasha Menangis Terharu 

Menurut Fasha pula, dia berasa gembira dan terharu sehingga mengalirkan air mata kerana terkejut dengan apa yang dilakukan Shahida dan rakan-rakan yang lain.

“Bismillahirahmanirahim .. I’m speechless, sumpah! Ni gambar muka tengah menangis…! Menangis kegembiraan..”

Malah dia berterima kasih dan menzahirkan rasa syukur kerana dikurniakan rakan-rakan yang ada dikala waktu susah dan senangnya. Happy Birthday in advance Fasha!

BACA  Aamir Khan Nekad Turun 20 Kilogram Demi Forrest Gump 'Bollywood'