Lagu hits Ddu-Ddu-Ddu dari Kumpulan Blackpink benar-benar mencuri perhatian dunia meskipun lagu tersebut dinyanyikan dalam versi korea. Malah menerusi lagu itu jua,sekumpulan kanak-kanak dari Thailand telah membuat video parodi dengan meniru lagak Blackpink yang begitu sama.

Tampil Dengan Parodi ‘Solo’

Cukup dengan menggunakan barang sekitar mereka, parodi dan aksesori yang digayakan mereka benar-benar menyerupai lagak ahli kumpulan Blackpink meskipun ada barang-barang tersebut yang kelihatan begitu lucu sekali. Terbaharu, video yang dimuat naik oleh pengguna YouTube yang dikenali sebagai Deksorkrao itu sekali mencuri perhatian apabila kali ini turut membuat parodi single salah seorang ahli Kumpulan Blackpink, Jennie.

Segalanya Sama! 

Seperti yang terlihat, lagak Jennie yang tampil dalam video muziknya (MV), Solo turut ditiru oleh kanak-kanak yang dikenali sebagai Kungten. Hampir segala-gala rentak tari dan ‘props’ MV Solo sama diikuti oleh kanak-kanak ini.

Biarpun baharu saja dimuat naik dua hari yang lalu, video parodi tersebut kini mencecah lebih dari 230 ribu tontonan di laman YouTube. Menghiburkan!