Nama Krisjiana Baharudin semakin banyak dicari oleh netizen selepas melamar penyanyi dangdut popular di Indonesia Siti Badriah baru-baru ini. Acara lamaran itu pun berjalan lancar dan meriah. Acara tersebut dihadiri oleh keluarga dan teman-teman Siti Badriah.

Terdahulu, Siti Bandriah telah dilamar terlebih dahulu oleh Krisjiana ketika bercuti di Korea Selatan pada Januari 2019. Menariknya lagi, Krisjiana melamar Siti Badriah menggunakan cincin milik arwah ibunya.

Berikut momen lamaran Siti Badriah yang di ambil dari akaun Instagram peminatnya. 

Netizen Puji Penampilan Krisjiana Mirip Artis Korea

Di media sosial, Siti Badriah dan Krisjiana juga sering memuatnaik foto kemesraan mereka berdua. Kerana selalu mempamerkan aksi romantik dengan pelantun lagu Lagi Syantik, ramai netizen yang memuji penampilan dan gaya Krisjiana ini. Ada yang kata, bakal suami Siti Badriah ini mirip seperti artis Korea. Betul ke? Jom lihat 10 gambar-gambar ini yang diambil dari akaun peribadinya @krisjianabah