Azam Smile Jumpa Pakar Psikiatri Sebelum Siapkan Single Terbaharu Atas Cintamu

166

Masalah kemurungan sering menjadi topik hangat. Isu ini bukan saja berlaku di luar negara tetapi juga di Malaysia.

Penyanyi Azam Smile, yang baru saja melancarkan single terbaharunya, Atas Cintamu antara individu yang pernah ada pengalaman mengalami masalah kemurungan atau depresi. Malah Azam akui, kerana depresi ini dia terpaksa menyepikan diri beberapa tahun kebelakangan ini sehinggakan lewat menyiapkan lagu Atas Cintamu. Mendapat rawatan semenjak tahun 2017, ia pengalaman cukup perit baginya.

“Azam mendapatkan rawatan di hospital swasta semenjak tahun 2017. Doktor sarankan azam untuk lakukan apa yang Azam suka agar tak stress. Doktor ada tanya apa yang awak suka buat, jadi Azam beritahu suka menyanyi. Tapi sayangnya lagu Atas Cintamu patut dah boleh release awal tapi terpaksa ditangguhkan disebabkan sakit azam ni”- jelasnya

Semasa majlis pelancaran single Atas Cintamu yang berlansung di Neway Karaoke, Petaling Jaya, kata Azam, keluarga dan rakan-rakan baik yang bertanggungjawab mengembalikan semangatnya untuk meneruskan kehidupan. Dia juga pernah bertemu pakar psikiatri untuk mendapatkan bantuan perubatan.

“Rawatan Azam kena buat selama 1 tahun setengah dan Azam bersyukur dengan sokongan moral dari rakan-rakan Azam. Kesihatan Azam kembali pulih seperti biasa. Masuk bulan ni dah 7 bulan Azam sihat. Alhamdulillah. Tp kesimpulannya Azam mula kena depression sewaktu bekerja di sebuah syarikat perbankan sebelum ini.” – katanya

Single terbaharu ciptaan komposer  Sirkhan & Ibnu Rinkarnaen , disusun oleh Wan Namiron ini mengisahkan tentang pengalamannya sebelum ini. Azam berharap lagu ini mendapat sambutan ramai. Sebelum ini Azam mempertaruhkan muzik bergenre pop rock di dalam single pertamanya iaitu lagu berjudul ‘Sudahlah Sayang’.