Isteri kepada pelakon Indonesia Baim Wong iaitu model terkenal Paula Verhoeven dikhabarkan kini hamil anak pertama. Namun begitu, pelakon berusia 37 tahun itu masih berteka-teki dengan berita ini.

IKLAN

”Tanya dia aja,” jawab Baim kepada media Indonesia ketika ditemui pada acara di Jakarta baru-baru ini.

Baim turut memohon orang ramai mendoakan yang terbaik untuk dia dan isterinya.

Doakan ya semoga impian untuk melihat Bapau (gabungan Baim dan Paula) junior terlaksana.

”Ada cerita di balik berita ini, tunggu sahaja ya. Bila tiba waktu tepat saya akan beritahu anda,” tambah Baim lagi.

Akui Baim, dia dan isteri tidak menolak rezeki untuk menggalas tanggungjawab sebagai ibu-bapa dalam masa terdekat. Baim Wong dan Paula Verhoeven bertunang pada 21 Julai 2018 seterusnya bernikah pada 22 November 2018 yang lalu. Hangat.com mendoakan agar kedua pasangan ini terus bahagia dan dapat baby yang comel seperti Baim dan Paula.

BACA  Gila! Baim Wong Masukkan 5 Juta Biji Guli Dalam Kereta Isterinya