Pelakon yang semakin naik Nina Iskandar kecewa dengan dakwaan terhadapnya yang dituduh menjadi punca keruntuhan rumah tangga penolong pengarah, Lah Lebah.

IKLAN

Dalam pada itu, pelakon drama Setelah Cinta Itu Pergi ini memberikan tempoh tujuh hari kepada pihak yang memfitnah dirinya untuk tampil memohon maaf secara terbuka atau bakal berdepan tindakan saman.

“Tuduhan itu sama sekali tidak berasas sekaligus memberi kesan negatif kepada kerjaya dan nama baik keluarga di Brunei.

“Permohonan maaf perlu dilakukan secara terbuka dalam tempoh seminggu jika tidak tindakan seterusnya akan diambil,” katanya di sidang media tergempar baru-baru ini.

Tegas pelakon Nina, hubungannya dengan penolong pengarah berkenaan hanyalah atas dasar profesional dan tidak lebih dari itu.

BACA  8 Pose Paling 'Hot' Artis Malaysia Di Instagram Sepanjang Tahun 2018

Menurut peguamnya, Mohd Irwan Mohd Mubarak, mereka sudah menghantar surat tuntutan maaf secara terbuka. Notis terbabit dihantar pada dua tarikh, iaitu 15 dan 21 Mac, kepada pihak berbeza.

“Kami memberikan tempoh sehingga 27 Mac ini sebelum memfailkan saman terhadap pihak terbabit. Saya turut menyarankan anak guam tidak memberikan kenyataan lanjut berhubung hal ini,” kata Irwan.

Hangat.com berharap agar Nina tabah dalam mengharungi industri hiburan. Hidup tak selalunya indah, langit selalunya cerah.