Selepas terpalit kontroversi sewaktu menerima kejutan daripada kenalan rapat yang menganjurkan ‘Bachelorette Party’ untuknya, ramai peminat yang tidak sabar dan tertunggu-tunggu bilakah tarikh sebenar pelakon Nelydia Senrose bakal berkahwin dan disatukan dengan jejaka pilihan hatinya yang dikenali sebagai Hafiz.ย 

Meskipun mengesahkan bakal bernikah tahun ini, Nelydia enggan membuka mulut mengenai butiran perkahwinannya.ย Bagaimanapun baru-baru ini menerusi Harian Metro, teman kepada Cik Pang memaklumkan aktres itu khabarnya akan bernikah pada minggu pertama April depan.

Jika benarlah apa yang disampaikan itu, ini bermakna tinggal kurang dua minggu saja lagi Nelydia bakal bergelar isteri orang.

Hangat.com ingin mengucapkan tahniah buat Nelydia kerana bakal membuka lembaran baharu dalam hidupnya. Hangat.com mendoakan semoga Nelydia berbahagia hingga ke jannah dan dikurniakan zuriat yang ramai, in shaa Allah.

BACA  [10 Foto] Indahnya Suasana Majlis Resepsi Oksana Voevodina & Sultan Muhammad V