Jumaat lalu, usahawan selebriti terkenal Nur Sajat Kamaruzzaman mengejutkan pengikutnya apabila beberapa posting nya terlihat dia tidak sedarkan diri dan sedang dirawat di sebuah hospital.

Sajat Ditimpa Penyakit Misteri 

Menerusi perkongsian yang dimuat oleh pembantu peribadinya, Sajat ketika itu berada dalam lemah dan dalam masa yang sama turut mengharapkan pengikutnya mendoakan usahawan itu segera sembuh. Menurut pembantu peribadinya itu, punca Sajat tidak sedarkan diri masih tidak diketahui dan hanya dikenal pasti sebagai ‘penyakit misteri’.

Sudah Pulang Ke Rumah 

Terbaru, menerusi perkongsian terbaharu di Instagram nya, dia dilihat sudah pulang ke rumah dan beransur pulih.

Difahamkan Sajat kini sedang berehat dan turut ditemani ahli keluarga nya. Meskipun terdapat beberapa kecaman dari segelintir netizen namun rata-rata pengikutnya mahu Sajat kembali pulih seperti biasa.