Rasanya buat mereka yang hadir menyaksikan konsert #SitiNurhalizaOnTour tempoh hari di Stadium Axiata Arena Kuala Lumpur, kami pasti masih ramai yang belum ‘move on’ bukan?

Vivy Teruja Dapat Hadir Ke Konsert Siti Nurhaliza 

Dibanjiri oleh 12,000 orang peminat Datuk Seri Siti Nurhaliza, konsert tersebut sudah pastinya akan menggamit satu kenangan yang cukup manis dan tak dapat boleh dilupakan termasuklah buat usahawan selebriti terkenal Datin Vivy Yusof. Berkongsi perasaan teruja nya ketika menghadiri konsert Siti, menurut Vivy pada mulanya dia agak risau dan kecewa memandangkan tiket konsert tersebut sudah pun habis terjual.

Namun begitu, atas pertolongan Siti sendiri, penyanyi itu berjaya mendapatkan tiket buat sahabatnya malah ketika itu Vivy sendiri berasa begitu teruja dan gembira kerana biarpun Siti sibuk terikat dengan persiapan konsertnya, namun dia berjaya mendapatkan tiket tersebut.

BACA  Lihat Komen Siti Nurhaliza Apabila Peminat Geram Tidak Dapat Hadiri Konsert!

Siti Menyebut Nama Vivy Di Atas Pentas 

Tidak datang keseorangan, Vivy ditemani ibu mertuanya ke konsert tersebut dan turut membuat satu video khas di laman YouTube miliknya berkenaan pengalamannya sepanjang disana.

Lebih menggembirakan buat Vivy, penyanyi kesayangannya itu turut menyebut namanya beberapa kali di atas pentas membuatkan konsert kali ini cukup bermakna buat Vivy. Bertuah bukan?