Pelbagai rekod dan sejarah cemerlang terus dicipta oleh Kumpulan penyanyi Korea (K-Pop) terkenal, Blackpink. Ternyata single hits mereka, Ddu-Ddu-Ddu membantu menaikkan nama kumpulan ini yang dianggotai oleh Jennie, Jisoo, Rose dan Lisa.

Lebih 20 Juta Subscriber Di YouTube

Selepas tampil dengan pencapaian rekod klip video paling tinggi tontonan Youtube, Blackpink sekali lagi mencipta rekod iaitu diiktiraf sebagai artis paling banyak langganan (subcriber) di laman Youtube. Mengalahkan kumpulan popular lain seperti BTS dan NCT 127, sehingga kini akaun Blackpink telah mencapai sebanyak lebih daripada 20 juta subscriber.

Single Terbaharu April Ini

Dalam perkembangan lain, Blackpink telah mengesahkan akan tampil dengan single baharu pada 5 April ini apabila teaser yang diperlihatkan menerusi akaun Instagram Lisa, album dan single tersebut berjudul ‘Kill This Love’.

View this post on Instagram

#BLACKPINK #LISA #KILLTHISLOVE #COMEBACK #20190405

A post shared by LISA (@lalalalisa_m) on

Malah menurut sumber, lagu ini dikatakan akan lebih menyerlah dari Ddu-Ddu-Ddu selain koreografi nya juga lebih dinamik. Are You ready Blinks?

BACA  Mangsa Tikaman Netizen! Ini Kronologi Sebenar Kenyataan Abby Abadi Terhadap BLACKPINK