Susulan daripada amaran daripada isteri kepada penyanyi dan pelakon Aliff Aziz, Bella Astillah yang memberi amaran kepada seorang individu agar tidak lagi mengadakan cerita bahawa dia telah menghalau seseorang dari rumahnya, terbaru di media sosial sekali lagi hangat memperkatakan mengenai pasangan suami isteri ini.

Netizen Dakwa Terlihat Aliff Bersama Seorang Wanita

Β 

Manakan tidak, terlebih dahulu menerusi laporan sebuah portal hiburan, Bella telah memuat naik satu suntingan perbualannya bersama seorang netizen yang mendakwa melihat suaminya itu bersama-sama seorang wanita di dalam sebuah kereta di Johor. Dakwaan tersebut sekali lagi mencetuskan perdebataan dikalangan peminat yang menghentam sikap Aliff yang seolah-olah tidak serik dengan apa yang sudah terjadi.

BACA  Suhaimi Saad Perli Angkasawan Negara Tidak Tahu Makna Sumpah

Padam Gambar BellaΒ 

Dalam perkembangan lain, menerusi Instagram penyanyi itu juga dia dilihat sudah memadam kesemua gambar isterinya itu.

Menguatkan lagi dakwaan berkenaan, baru-baru ini Aliff telah memuat naik satu gambarnya bersama isteri dan anak dimana di dalam posting itu, Aliff telah menitipkan ucapan hari lahir buat Bella. Malah Aliff juga dikatakan sudah berhenti mengikuti perkembangan isterinya itu di laman sosial berkenaan. Apa kata anda? Kongsikan dengan kami!