Sebelum ini ramai yang berteka-teki mengenai ramalan gabungan filem X-Men dan juga Avengers. Kini, selepas pengumuman tersebut barangkali kita mungkin akan melihat gabungan ini menjadi kenyataan.

Disney Dan 21st Century Fox Bergabung 

Ini kerana baru-baru ini, Disney dan 21st Century Fox (syarikat besar kepada 20th Century Fox) akhirnya memeterai janji untuk bergabung. Khabar berita ini menyaksikan segala aset 21st Century Fox dan 20th Century Fox akan turut dimiliki Disney.

Ini sekaligus memperlihatkan watak seperti Deadpool, X-Men dan Fantastic Four akan turut dimiliki oleh Marvel dan juga Disney.

Ramalan The Simpsons Tepat! 

Dalam perkembangan lain, buat peminat siri The Simpsons pasti sudah mengetahui pelbagai rahsia yang diramalkan menjadi kenyataan.

Ini termasuklah siri Simpsons ini pernah meramal pembelian ini pada 20 tahun yang lalu dimana ianya ditayangkan dalam episod ‘When You Dish Upon A Star’ musim ke-10 siri popular itu.

’20th Century Fox, A Division Of Walt Disney Co’.

Selain ramalan itu, The Simpsons pernah mengejutkan dunia apabila pernah meramalkan bahawa Donald Trump akan berjaya menjadi presiden Amerika Syarikat, fungsi Facetime oleh Apple diperkenalkan dan banyak lagi. Misteri bukan?

BACA  Senarai Penuh Pemenang Piala Oscar 2019, Rami Malek Aktor Terbaik