Bekas penyampai radio dan pengacara Fara Fauzana atau lebih mesra dipanggi Fafau semalam berpeluang merasai pengalaman terbang dengan pesawat Extra 300L yang menjadi pesawat pasukan aerobatik Krisakti di LIMA 2019.

Dalam catatan di Instagram rasminya, ini adalah pengalaman yang pastinya tidak dapat dilupakan oleh Fafau. Malah ianya jelas sekali kelihatan apabila video yang dimuatnaik itu menunjukkan Fafau begitu teruja dan terpaksa bertahan sampai muntah ketika membuat penerbangan bersama juruterbang Datuk Halim Othman.

View this post on Instagram

M A B U K vs M A C H O . Pada yg bertanya best ke? – SERIUS BEST! Lagi best dari naik roller coster weii . Esp part take off (check out 2nd video).. lepas je landasan tu terus naik ke atas 90 darjah! Woohoo saya suka juga part pusing2 diudara & that 4G & impak Gforce momment.. semualah.. FF SUKAAAAA! . Cuma… . FF bertahan 1st 10mins slps beberapa aksi diudara then bila Kapten bawak kapal terbang mendatar jea … maka … ketika itu … 🤢🤢🤢🤮🤮🤮 *jgn tgk sangat plastik tu sbb yg bawah tu dah berat! Hahahahah . Pada yg bertanya serik ke tdk? – TIDAK! CANT WAIT FOR THE NEXT RIDE. SERIUS KORANG NAIK DULU BARU TAU jap! Tak semua orang boleh naik 😅🙈HEHEHEHEHEH . So basically its not easy to be Dato Halim Othman @halimothman_88 .. perlukan kekuatan mental dan fizikal. TQ bawak saya jalan2 heheh . Check out @halimothman_88 di LIMA 2019 @lima_exhibition yg berlangsung di Langkawi.. TQ team #krisakti . Nota : TQ @fynnjamal utk bday treat versi gila ini .. aku sukaaa . #krisakti #aerotree #lima19 #lima_exhibition

A post shared by FARA FAUZANA (@therealfafau) on

Dan, rata-rata peminat serta rakan artis seperti Sharifah Shahirah, Haiza dan Fynn Jamal turut berasa kagum dengan semangat yang ditunjukkan oleh Fafau.

Boleh tahan berani juga Fafau ni! Walaupun terpaksa muntah beberapa kali tapi semangat tu yang penting okay! Katanya pengalaman naik pesawat Extra 300L lagi best dari naik roller coster.

Untuk info, pesawat yang dinaiki Fafau ini digunakan oleh Pasukan Tim Aerobatik Krisakti yang akan  membuat pertunjukan professional Aerobatik secara solo bersempena Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antrabangsa Langkawi 2019 (LIMA’19) .

Acara kebanggaan negara, ini bakal membuat kemunculannya pada 26 hingga 30 Mac ini. Ia diadakan di The Mahsuri International Exhibition Centre (MIEC), The Resorts World, Langkawi, pameran edisi ke-15 ini mengkhususkan sektor maritm dan aeroangkasa untuk pertahanan, sivil dan komersil.