Pada Khamis lalu, penyanyi Adira Suhaimi meluahkan rasa sedihnya apabila bapa tercinta pergi buat selama-lamanya. Menurut Adira, jenazah bapanya telah selamat dikebumikan di Kundasang, Sabah pada Sabtu lalu. Allahyarham bapanya itu meninggal dunia dipercayai akibat kegagalan organ dalaman.

Nenek Pula Pergi Buat Selama-Lamanya 

Terbaru, satu lagi berita yang menyedihkan dikongsi bintang kelahiran Akademi Fantasia 8 itu apabila semalam dia dikhabarkan dengan pemergian neneknya. Menurut Adira, belum pun reda kesedihannya atas pemergian bapa tersayang, kini neneknya pula menyusul pergi buat selama-lamanya.

“Belum pun hilang kesedihan kehilangan abah tersayang…datang lagi dugaan bila mendapat khabar nenek telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi”

Peminat Dan Rakan Artis Titip Ucapan Takziah 

Rata-rata peminat turut berkongsi kesedihan penyanyi itu dengan membanjiri ruangan komen Instagram Adira dengan ucapan takziah dan doa buat kedua-dua insan yang bermakna bagi Adira.

Malah rakan-rakan artis seperti Yana Samsuddin, Indah Ruhaila dan ramai lagi turut menzahirkan ucapan yang salam. Salam takziah buat Adira dan keluarga dari kami di Hangat.com. Al-Fatihah.