Biarpun Gegar Vaganza 4 sudah lama berlalu, namun kemelut diantara juaranya, Aishah dan penaja utama ketika itu Dato Seri Vida (DSV) masih belum selesai sehingga kini.

Aishah Bawa Kes Ke Mahkamah 

Terdahulu, Aishah atau nama sebenarnya Wan Aishah Wan Ariffin mendedahkan bahawa hadiah sumbangan itu usahawan itu yang merupakan barangan kemas yang diberikan kepadanya adalah palsu. Perkara itu diketahui Aishah selepas merujuk hadiah yang dimenanginya itu kepada beberapa pakar barang kemas. Enggan bertolak ansur mengenai perkara itu, Aishah membawa isu tersebut ke muka pengadilan.

Tuntut 7 Perkara

Terbaru menerusi laman Instagram nya, penyanyi yang begitu dikenali dengan lagu Janji Manismu itu telah memuat naik sebuah gambar tuntutan rasmi ya pada DSV.Tunutan itu dibuat selepas penyelesaian di luar mahkamah gagal mencapai kata sepakat dan tuntutan yang difailkan oleh Aishah di MahkamahaSivil itu, terkandung 7 perkara yang harus dilaksanakan oleh DSV.

View this post on Instagram

Bismillahirrahmanirrahim…..

A post shared by Wan Aishah Wan Ariffin (@aishahjmm) on

Antaran tuntutan tersebut adalah seutas rantai yang sama nilainya (RM80,000) dan ketulenan rantai tersebut hendaklah disahkan oleh pakar dan tuntutan maaf secara terbuka dibuat oleh DSV berkenaan hebohan hadiah tambahan rantai tersebut.

BACA  5 Fakta Menarik Di Sebalik Filem Bikers Kental 2

Peminat Puji Tindakan Aishah 

Rata-rata pengikut penyanyi itu memuji tindakan Aishah yang membawa isu tersebut ke pengadilan undang-undang kerana beranggapan ianya seharusnya dijadikan sebagai pengajar kelak buat mereka yang memandang rendah akan perkara seumpama itu.

View this post on Instagram

Kenangan biarlah tinggal kenangan…Malam ini juara GV baru akan dinobatkan.All the best kepada semua finalist.Harap2 kalian semua tidak akan bermasalah utk. mendapatkan hadiah yg dijanjikan.Tak payahlah nak kecam I sebagai artis 'sendu' yg tak bersyukur diberi peluang utk beraksi kerana hakikatnya kita saling memerlukan,kalau tak ada artis yg baik nak buat program macam mana hahaha.Anyway,ramai yg bertanya I tentang status hadiah yg belum dapat tu.Pertamanya setakat ini tanah banglo yg dijanjikan belum kami dapat.Selepas berjumpa pihak berkenaan,mereka minta beberapa bulan utk selesaikan,kami tunggu sampai Januari depan.Yg.musykil ada pertikaian saiz tanah pula yg dikatakan dlm kontrak bersama Astro.Itu kita serah pada pihak guaman.As for the jewellery,walaupun kami cuba nak settle out of court nampaknya tidak ada persetujuan yg dpt dicapai so…kita biarlah mahkamah yg tentukan.Pengalaman byk.mengajar kita,yg menyokong terima kasih kerana faham mengapa I lakukan ini semua.Yg. mengecam,maki hamun cerca dan hina carilah I di akhirat nanti ok

A post shared by Wan Aishah Wan Ariffin (@aishahjmm) on

Dalam tuntutan tersebut turut memperlihatkan tarikh 1 April untuk pihak DSV menyatakan pembelaan mereka. Sama-sama kita doakan agar kemelut diantara kedua-dua belah pihak ini dapat diselesaikan dengan baik.

BACA  Rumah Tangga Keith Foo & Kim Raymond Bergolak?