Siapa sangka dalam diam-diam, pelakon Afiq Muiz telah selamat bernikah dengan gadis pilihannya yang juga seorang pelakon baharu, Pachara Apin atau nama sebenarnya Nur Aaira Mahdeya semalam.

Selamat Bernikah 

Menerusi perkongsian daripada beberapa tetamu dan selebriti ini, majlis akad nikah itu berlangung secara sederhana dan hanya menjemput ahli keluarga dan kenalan rapat. Antara rakan selebriti yang turut hadir adalah Beego dan bakal adik iparnya, Syafie Naswip yang akan mengikat tali pertunangan bersama Aishah Azman pada sabtu ini.

Afiq Perkenalkan Isteri 

Pasangan tersebut yang kelihatan manis memakai pakaian sedondon berwarna krim lembut itu turut mengucapkan terima kasih buat ucapan dan doa yang dititipkan buat mereka.

BACA  "Baca Dulu Caption Saya"- Abby Abadi Selar Teguran Caprice Mengenai Blackpink

Malah sebentar tadi, Afiq turut memuat naik beberapa gambar sekitar majlis pernikahannya selain memperkenalkan Pachara sebagai isteri nya. Tahniah diucapkan buat Afiq dan Pachara!