Beberapa hari sahaja lagi pasangan selebriti Fasha Sandha dan Aidil Aziz bakal disatukan menjadi suami isteri. Malah segala persiapan turut giat dijalankan apatah malam tadi majlis malam berinai telah pun diadakan.

Majlis Malam Berinai Meriah 

Diadakan dengan serba meriah bertemakan Melayu Klasik, majlis itu telah dihadiri oleh keluarga kedua-dua belah pihak, rakan-rakan artis serta para media.

Kedua-duanya kelihatan sama cantik dan sama segak dalam busana melayu yang berwarna ungu. Dalam pada itu, Fasha dan rakan-rakannya turut berkesempatan menghiburkan tetamu dengan tarian melayu asli.

Diramal Menjadi Wedding Of The Year 

Melihatkan pada kemeriahan majlis tersebut,rata-rata peminat meramalkan perkahwinan selebriti ini bakal menjadi ‘wedding of the year’.

Terdahulu, Fasha pernah mendirikan rumahtangga bersama Rizal Ashram Ramli atau lebih dikenali sebagai Jejai pada 2012 sebelum berpisah dengan talak satu pada tahun 2016. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata, Putra Rayfal dan Puteri Raysha. Kami di Hangat.com mendoakan agar majlis perkahwinan selebriti ini akan berjalan dengan lancar dan dipermudahkan segalanya. Tahniah buat Fasha dan Aidil!