6 bulan yang lalu, kami ada memuat naik sebuah artikel mengenai dakwaan daripada peminat Fattah Amin seolah-olah menipu duit mereka. Terdahulu, pelakon itu telah menceburi bidang perniagaaan berasaskan kesihatan dimana Fattah telah mengeluarkan produk makanan kesihatan, MRP Sup DIET dan Berrytox di bawah syarikat miliknya iaitu MRP International Sdn Bhd.

Menurut sumber, agen-agen syarikat ini telah melaburkan begitu banyak wang bagi menjalankan perniagaan tersebut namun sebaliknya telah berlaku apabila pelakon itu dilihat seperti tidak lagi rancak mempromosikannya.

Fattah Tampil Beri Penjelasan 

Setelah beberapa ketika mendiamkan diri, akhirnya Fattah tampil menjelaskan mengenai apa yang berlaku dalam sebuah sidang media khas yang diadakan semalam. Menurut Fattah, dia menegaskan bahawa dia sama sekali tidak menipu mana-mana stokis di bawah perniagaannya malah turut menjelasan bahawa rakan kongsi nya yang dikenali sebagai Kamarul merupakan antara punca mengapa masalah ini berlaku.

BACA  [REVIEW] Selain Aksi Balas Dendam, Filem ‘Cold Pursuit’ Selitkan Kisah Gangster Homoseksual

Jelas Fattah, dia tidak bersekongkol dengan mana-mana pihak malah cuba untuk menghubungi Kamarul bagi meniliti perjalanan wang syarikat namun tidak mendapat sebarang tindak balas.

“Ramai yang tidak tahu bahawa hanya rakan kongsi saya, Encik Kamarul mempunyai akses dan mengawal sistem kredit dan sistem akaun syarikat secara langsung.

Saya menegaskan bahawa tidak pernah bersekongkol atau berniat menipu pihak stokis. Saya sendiri sudah beberapa kali cuba menghubungi Encik Kamarul supaya memberi akses kepada saya untuk meniliti perjalanan wang syarikat namun gagal mendapat sebarang tindak balas”

Buat Laporan Polis 

Bagi menjaga nama baiknya dan turut terkesan dengan isu ini, pelakon itu turut melantik peguam rasmi bagi membantu menyiasat dan menangani perkara tersebut. Tambah Fattah lagi, laporan polis turut dibuat pada 8 Mac lalu di Balai Polis Jalan Dang Wangi atas saranan peguamnya. Namun pihak Fattah masih tidak menerima sebarang maklum balas dari Kamaruls sehinggalah peguamnya dihubungi rakan kongsinya itu pada pagi semalam bagi menyelesaikan isu tersebut selepas mendapat tahu tentang sidang media yang dijalankan hari ini.

BACA  Apa Sebab Fattah Amin Tidak Laku Selepas Berkahwin Dengan Fazura?

Harapan Fattah, dia berharap mana-mana pihak tidak lagi menunding jari kepadanya dan berjanji akan menyelesaikan isu tersebut sewajarnya.