Dua hari yang lalu, pelakon Afiq Muiz mengejutkan peminat apabila dia mengumumkan bahawa dia kini sudah selamat menjadi seorang suami kepada pelakon baharu yang dikenali sebagai Pachara Apin.

Bakal Tampil Dengan Filem Baharu 

Pasangan ini selamat bernikah dalam satu majlis tertutup yang dihadiri oleh keluarga kedua-dua belah pihak serta kenalan rapat.

Disebalik itu, ramai yang tertanya-tanya mengenai Pachara atau nama sebenarnya Nur Aaira Mahdeya. Pachara merupakan seorang pendatang baharu dalam industri dimana antara drama lakonannya adalah Air Mata Syurga, Cinta Tiada Ganti dan banyak lagi.

Malah tidak lama lagi, filem lakonannya yang berjudul Sangkar akan ditayangkan disamping pelakon-pelakon terkenal seperti Zul Ariffin dan Remy Ishak.

Model Sambilan

Selain bergelar pelakon, Pachara yang merupakan anak jati Sabah ini juga merupakan seorang model sambilan. Malah wajah komersial nya juga sering kali menjadi pilihan iklan-iklan jenama terkenal dan turut mewarnai pentas peragaan.

Buat Afiq dan Pachara, tahniah diucapkan! Semoga rumahtangga yang dibina akan berkekalan sehingga ke akhir hayat.