Sejak mengumumkan perkhabaran bahawa Awi Rafael dan Atikah Suhaime membatalkan majlis perkahwinan mereka, kedua-dua selebriti ini kembali membawa haluan masing-masing. Malah Atikah sendiri kini sibuk dengan karier lakonannya.

Gambar Atikah Di Thailand Dikecam NetizenΒ 

Terbaru, nama pelakon ini kembali hangat diperkatakan apabila dia dilihat telah memuat naik beberapa gambarnya di Instagram yang kelihatan agak seksi.

Malah posting terbaharunya itu juga memperlihatkan dia sedang asyik berenang di sebuah pantai ternama di Thailand. Rata-rata pengikutnya mengecam tindakan Atikah yang berpakaian sedemikian malah turut membuat andaian perilakunya seumpama itu antara punca mengapa dia dan Awi berpisah.

Awi Pertahan AtikahΒ 

Meskipun tidak lagi bergelar tunangan pada Atikah, Awi tampil memberi komen pada ruangan Instagram pelakon itu. Menurut Awi, dia memohon kepada semua pengikut mereka agar berhenti mengecam Atikah dan sebaliknya berfikiran positif. Malah tambah Awi, dia menganggap bekas tunangnya itu sebagai seorang yang hebat selain turut mengucapkan selamat bercuti buat Atikah.

BACA  Nabil Ahmad Bakal Timang Anak Ketiga & Idam Anak Lelaki

Membalas komen Awi, Atiqah berterima kasih pada penyanyi itu selain memuji dia begitu manis sama seperti dia mengenalinya sebelum ini. Biarpun tiada jodoh, kedua-duanya memilih untuk berkawan dengan baik sehingga ke hari ini.