Jutawan kosmetik dan penyanyi Nur Sajat baru-baru in, dilaporkan mengidap penyakit misteri sehingga terpaksa ditahan dan dirawat di hospital dan kini beliau semakin pulih dan sudahpun dibenarkan pulang ke rumah. Dalam postingan terbarunya di Instagram, Sajat telah meluangkan masa bersama peminatnya untuk bertanyakan soalan tentang perkembangan terbaru.

Namun apa yang mengejutkan, salah seorang peminat telah mempersoalkan kewanitaannya kerana Nur Sajat dilihat mempunyai ‘misai’ halus pada wajah. Pemilik perniagaan emas Nur Sajat Gold itu turut membalas kembali dengan menjelaskan bahawa, ia perkara biasa apabila seorang wanita ada bulu halus di atas bibir yang nampak ketara seperti misai atau berkemungkin ini disebabkan oleh hormon!

BACA  Ezlyn Bagi Amaran Kepada Bekas Suami, Siti Saleha Jadi Mangsa?

Tak melatah dengan pelbagai tuduhan dan soalan liar dari peminat, Nur Sajat tetap utuh berdiri melebarkan sayap perniagaannya.

Dia optimis hanya berpegang kepada pendirian positif. Sering kali diasak mengenai status dirinya dahulu, kini pemikirannya jauh berbeza.