Sejak nama Jung Joon Young terkait dengan skandal, ramai yang meminta Kang Hyuk Min untuk memberikan pendapatnya soal penyanyi yang sudah lama menjadi kenalannya itu.

Dia pun akhirnya memuatnaik sebuah video via Youtube yang mengungkap bahawa Jung Joon Young sejak dulu sudah ketagihan seks. Seperti yang dilaporkan oleh allkpop, Kang Hyuk Min dan Jung Joon Young pernah membintangi Ulzzang Generation 5 pada 2011 lalu.

Kang Hyuk Min mengaku dia memang tahu beberapa hal tentang Jung Joon Young. Meskipun begitu, dia tak akan membongkarkan semua. Hal yang diungkap YouTuber ini adalah tentang Jung Joon Young yang sudah ketagihan seks sejak mereka kenal antara satu sama lain.

“Aku tidak boleh berkongsi semua hal yang terjadi padanya, tapi aku boleh berkongsi pendapatku dengan jujur dan apa yang aku fikirkan tentang hyung (Jung Joon Young,” jelas Kang Hyuk Min.

“Secara peribadi, aku merasakan dia benar-benar gila seks. Itu benar-benar tidak sihat dan (dia ketagihan seks) parah sekali sampai seperti sudah penyakit,” tambahnya.

Kang juga mendedahkan jika Jung Joon Young mempunyai kebiasaan mabuk dan tidur dengan ramai wanita. Dia juga tidak segan untuk menceritakan siapa wanita yang ditidurinya pada Kang.

BACA  4 Bekas Pembaca Berita Yang Merupakan Isteri VVIP. Ada Yang Bergelar Puan Sri

“Saat bersembang dengannya, dia hanya bercerita soal wanita. Antara tentang siapa yang mabuk dan tidur dengannya di kala malam,” jelas Kang yang juga mengungkap jika Jung Joon Young sering datang ke lokasiΒ  penggambaran setelah semalaman mabuk.