Selepas hampir 4 bulan menjadi teka-teki di kalangan masyarakat Malaysia, akhirnya terjawab. Sebanyak 10 keping gambar perkahwinan yang memaparkan imej bekas Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V kembali tular di laman instaram, selepas ia dimuat naik oleh seorang jurugambar Rusia, Maxkoliberdin 2 hari yang lalu.

Gambar perkahwinan itu antara lain turut me­maparkan Sultan Muhammad V yang mengenakan sepasang baju Melayu berwarna biru sedang memotong kek bersama bekas Ratu Cantik Rusia, Oksana Voevodina.

Sedang Hamil

Sebelum ini, muncul berita di mana bekas ratu cantik Moscow, Oksana Voevodina menjangkakan dirinya sedang mengandung anak sulung selepas menjalani rawatan di klinik perancang keluarga di Jerman. Berita ini telah dilaporkan oleh akhbar popular di Rusia, Komsomolskaya Pravda (KP) menerusi artikel dari The Sun.

Namun beberapa hari sebelum ini, kelibat Oksana di lihat  bersama seorang lelaki muda yang tidak kenali sedang membeli-belah di sebuah pasaraya di ibu kota.

Seperti yang dilaporkan oleh sebuah portal dalam bahasa Rusia bernama “StarHit”, beberapa foto yang diambil oleh Paparazi ambil jelas terlihat ‘Baby Bump’ Oksana. Menurut portal tersebut,  Oksana ketika berada di Azbuka Vkusa, iaitu sebuah pasaraya terkemuka di Moscow, Rusia.