[VIDEO] ‘Tetap Kamu’ Amylea X Megat Bakal Hantui Penonton Setia Nur 2

330

Siapa saja yang tak tahu dengan drama air mata ini! Drama rantaian Nur telah menjadi fenomena apabila mencatatkan 2.5 juta penonton sepanjang tayangan. Manakala, lagu Tak Pernah Hilang yang pernah menghiasi siri drama itu sebelum ini pernah mendapat 11 juta tontonan di Youtube setakat hari ini.

Tanpa kehadiran Kaer Hazami, kali ini Amylea Azizan muncul dengan sebuah lagu berjudul Tetap Kamu duet bersama Megat. Lebih menarik lagu ini bakal menghantui penonton setia drama bersiri Nur 2 yang mula bersiaran pada 2 April 2019.

Tak kurang hebat seperti Kaer, Megat juga memiliki bakat yang tiada tolok bandingannya. Megat merupakan salah seorang peserta program realiti popular TV3 ‘Mentor Milenia’ musim ke tujuh pada tahun 2018. Selain mempunyai suara yang unik, anda pasti akan mudah terpikat dengan tone suaranya yang amat lunak.

BACA  "Para Medic Akan Standby"- Elyana Nekad Teruskan Konsert Solo Julai Hadapan

Lagu hasil ciptaan Farouk Roman, manakala lirik oleh Amylea sendiri ini mengisahkan tentang kesinambungan dari lagu ‘Tak Penah Hilang’. Ketika majlis pelancaran lagu tersebut yang diadakan di Red Box, Pavillion KL, Amylea berkata, gabungan antara dia dan Megat menjadikan ia kombinasi yang cukup unik dan luar biasa.

Pada majlis tersebut, turut dilancarkan Muzik Video rasmi Tetap Kamu yang bermula bersiaran di Youtube 17 Eleven Music bermula hari ini. Muzik video ini masih mengekalkan konsep yang sama seperti lagu sebelum ini, tiada lakonan dan drama tetapi pada masa yang sama video ini memberi suasana dan mood filem.

Lagu ini boleh dimuat turun di semua digital platform seperti Apple Music, iTunes, Spotify, JOOX dan Deezer sekarang.

BACA  Video Muzik Terbaru Freddie Mercury Dapat Pujian, Selepas 27 Tahun Meninggal Dunia