Hasrat pelakon, Nabila Huda untuk menimang cahaya mata kedua tidak kesampaian apabila hari ini dia mengesahkan kandungannya keguguran. Nabila berkata, kejadian malang itu berlaku selepas dia mengalami pendarahan teruk dan membuat ujian darah.

View this post on Instagram

Tadi scroll up and down album kat Phone nampak video ni.. Terus I Nak share la precious moment yang I rahsia kan dengan korang. Masa abil tau positive , abil excited sangat Nak share berita ni kat korang ! Tapi macam Nak surprise lambat sikit. Ini lah Moment yang paling sweet , happy sedih semua adalah.. All in one! I’ve been waiting for this almost 4 years.. But too bad, Saya bleeding teruk until today and dah Pergi amik blood test again, dapat result and it’s not there anymore.. Takde rezeki lagi la ni. Allah Nak bagi chance Saya honeymoon lagi agaknya! Yes,Ofcourse Saya sedih. Terlalu sedih. Tapi kan, Kenapa Nak kena bersedih Dan menangis sedangkan orang Yang sentiasa membahagiakan kite , ada depan mata. Mereka Masih ada. Lebih baik hargai waktu Yang ada ni sepuas-puasnya ! At least dapat jugak kami berdua rasa moment “mom and dad to be” kejap..Jadi la eh.. hihi ! So now..games onz tak sisz @kidweebee ? 😝

A post shared by Nabila Huda (@kupu_kupu) on

“Semasa saya lihat video-video dalam telefon, terasa ingin berkongsi satu rahsia kepada semua iaitu baru-baru ini saya telah disahkan hamil selepas empat tahun menanti. Namun begitu, saya telah mengalami pendarahan yang teruk sehingga ke hari ini (Isnin) dan apabila saya ke klinik untuk membuat pemeriksaan, kandungan saya telah disahkan gugur,” tulisnya pada status di Instagram

Sambil meluahkan kesedihan, anak perempuan Amy Search itu bagaimanapun reda dengan ketentuan Allah S.W.T. dan anggap tiada rezeki.

“Takde rezeki lagi la ni. Allah Nak bagi peluang saya honeymoon lagi agaknya! Yes, sudah tentu saya sedih. Terlalu sedih. Tapi kan, Kenapa Nak kena bersedih Dan menangis sedangkan orang Yang sentiasa membahagiakan kite , ada depan mata”- katanya

BACA  Jelas 'Photoshop'? Gambar Bogel Kourtney Kardashian Jadi Bahan Jenaka