Selain Di TV3, Ini Alternatif Lain Untuk Menonton Drama Sensasi Nur 2

1.0K

iflix mengumumkan kerjasama bersama Primeworks Distribution dalam membawakan sebuah sekuel Nur yang amat dinanti-nantikan oleh peminat diseluruh Malaysia. Nur 2 yang telah dilancarkan pada sidang media di Kompleks Kraf harini, akan mula bersiar di iflixFREE dan iflixVIP pada Rabu, 3 April, ekspres dari TV3.

Nur 2 akan mengikuti jejak kejayaan Nur yang meraih sejumlah 11 juta peminat untuk menonton drama siri ini. Drama siri ini mengisahkan tentang kisah cinta seorang anak pencerah, Adam (Syafiq Kyle), dan seorang perempuan lorong, Nur (Amyra Rosli).

Drama ini menyentuh tentang isu agama, golongan munafik dan perihal taubat, yang menjadikan Nur sebuah drama yang menjadi buah mulut masyarakat dan merupakan drama Melayu paling kontroversi 2018. Kesemua 19 episod Nur musim 1 kini di iflix, percuma untuk di strim dan muat turun.

BACA  Lelaki Ini Cari Pembantu Peribadi Untuk Travelling Keliling Dunia. Gaji Sebanyak RM214 Ribu!

Pada musim ini, Nur 2 menjanjikan lebih debaran dan lebih drama yang akan mencuri hati penonton. Mengambil tempat selepas perkahwinan Adam dan Nur, Juita (Azar Azmi), kenalan lama Nur, menagihkan pencerahan yang sama seperti Nur menerusi suaminya.

Hal ini mendorong Juita untuk menggunakan godaan demi memenangi hati Ustaz Adam. Nur 2 akan lebih menyentuh tentang tema kesetiaan, kepercayaan dan pengkhianatan, yang akan membuatkan penonton tidak senang duduk dengan skandal ini.

Nur 2 merupakan arahan Shahrulezad Mohameddin yang juga dibarisi oleh pelakon Azhan Rani, Noorkhiriah, Raja Atiq, Eyra Haazli, Dato’ Jalaluddin Hassan dan Fatimah Abu Bakar. Drama siri ini akan disiarkan empat hari seminggu bermula pada Rabu, 3 April di iflixFREE dan iflixVIP, ekspres daripada TV3, 2 jam selepas siaran televisyen.

Nur memenangi anugerah drama terbaik, manakala Syafiq dan Amyra pelakon utama Nur masing-masing memenangi pelakon lelaki terbaik dan pelakon wanita terbaik di Anugerah Skrin 2018.

Kini boleh diakses oleh lebih satu billion pengguna di seluruh Asia, Timur Tengah dan Afrika Utara, iflix telah mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju pasaran penstriman video. Menawarkan pengguna dengan senarai tontonan yang pelbagai dari Hollywood, rancangan TV dan filem tempatan, tayangan ekslusif serta program-program yang memenangi anugerah, setiap langganan boleh diakses hingga 5 peranti yang berlainan termasuklah telefon bimbit, komputer, tablet dan set televisyen untuk distrim pada bila-bila masa, di mana sahaja serentak.