Tahniah buat pelakon berbakat besar, Nabila Huda yang baru sahaja merangkul anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia ke-30 (FFM30) yang berlangsung pada Sabtu (30/3) yang lalu. Walaubagaimanapun, Nabila atau lebih mesra dipanggil Abil tidak dapat hadir pada malam tersebut.

Menerusi satu posting terbaharu di akaun Instagram miliknya, Abil meluahkan rasa terharu, walaupun tidak dapat hadir namun suami Mohd Izwan Johar dan anak kesayangannya Keisha Laila hadir mewakili dirinya untuk naik ke pentas menerima trofi.

“Hanya Tuhan saja yang tahu bagaimana tersentuhnya hati saya bila tengok suami dan Anak jadi wakil untuk amik trofi saya malam tu. Kami baru pulang dari Bali, saya dapat jemputan ini namun tidak dapat hadir. Jadi saya minta suami dan Keisha pergi bagi mewakili saya.”- kata Abil.

Menyifatkan suaminya sebagai seorang yang pemalu, Abil tak sangka suaminya sanggup pergi atas kehendaknya.

“Suami saya kalau anda nak tahu, dia memang manusia yang paling pemalu dan dia takkan pergi event. Dia sejenis kalau cakap dengan perempuan pun Takkan pandang mata and tunduk je. Tapi dia pergi, sebab isteri dia request”- ujarnya

Menurut Abil, dia terpaksa meminta bantuan dari temannya untuk menyiapkan penampilan Keisha pada malam tersebut. Abil menginginkan penampilan Keisha sama seperti dirinya dengan mengenakan pakaian baju kebaya klasik.

BACA  Mulan Jameela Serta Anak Rindukan Ahmad Dhani Yang Berada Di Penjara

“Saya terus mesej @tymfatimah minta tolong dia buat Baju kebaya dan siapkan Keisha sebijik macam Saya. Saya video call dari jauh suruh @arishadhz84 siapkan rambut dan Keisha complain kat Abi dia sebab Mummy suruh tukar rambut 3 kali!”

Walaupun suaminya, Izwan bukanlah bapa kandung Keisha , namun hati Abil sangat tersentuh tatkala melihat mereka berdua pergi bersama pada malam itu dan naik ke atas pentas bagi menerima anugerah penghargaan tentang hasil kerjaya.

Nabila dan suaminya, Mohd Izwan Johar bernikah pada Jun 2015 selepas dua tahun berkenalan. Keisha yang berusia sembilan tahun merupakan anak hasil perkahwinan pertamanya.

BACA  5 Pengakuan Berani Nabila Huda Tentang Sisi Gelap Ibu Tirinya