Berita kurang enak kembali datang dari keluarga kerabat diraja Inggeris.  Baru-baru ini, Putera William dirumorkan main kayu tiga dengan sahabat isterinya Kate Middleton.

Dipetik dari The Sun , Putera William dirumorkan ada hubungan dengan sahabat Kate, Rose Hanbury, hingga membuatkan ‘Duchess of Cambridge’ itu sangat marah. Hal ini disebut-sebut menjadi alasan kenapa Kate tidak sefahaman dengan Rose dan menjauhkan wanita tersebut dari kelompok teman-temannya.

Rumor ini tersebar setelah seorang personaliti dan pengkritik makananan Giles Coren menuliskan cuitan panjang di akaun Twitter miliknya dan membahas masalah skandal tersebut.

BACA  Busana Kebangsaan Miss Supranational Malaysia 2018 Hilang! Penaja Tuntut Ganti Rugi

Skandal hubungan Rose dengan Putera William ini membuatkan orang ramai cukup yakin dan percaya hal-hal sebegini boleh terjadi. Ini kerana kes curang sudah pernah mewarnai keluarga kerabat diraja Inggeris ketika Putera Charles berselingkuh dengan Camilla Parker Bowles saat berumah tangga dengan Puteri Diana.

Atas rumor ini,  rata-rata netizen pun tak segan ikut menyuarakan komen masing-masing. Bahkan beberapa di antaranya berani menyebut jika William mungkin saja akan mengulangi kesalahan yang dilakukan oleh Charles.

BACA  Jihan Muse Kongsi '10 Years Challenge' Yang Begitu Menginspirasikan!

Putera William dan Kate Middleton sendiri bukan sahaja bersahabat dengan Rose Hanbury, namun juga dengan suami Rose, David Rocksavage. David merupakan seorang jutawan dan masih termasuk dikalangan bangsawan Inggeris.

David dan Rose diketahui tinggal di wilayah Norfolk, berjiran dengan Putera William dan Kate Middleton. Putera William difahamkan bersahabat erat dengan David dan berusaha menjadi orang tengah terhadap pertengkaran antara Kate dan Rose.