Hari ini, Faizal Tahir telah memuat naik sebuah video tentang seorang peminatnya yang berniat untuk membunuh diri. Dalam video tersebut, Faizal menyatakan bahawa ramai peminat menghubunginya apabila beliau memuat naik satu video di Instagram story dan meletakkan nombor telefonnya 2 bulan yang lepas supaya peminat boleh menghubunginya secara peribadi.

Jelas Faizal, ramai peminatnya menghantar mesej ke nombor tersebut namun Faizal tertarik kepada seorang peminatnya yang membuat pengakuan bahawa peminatnya itu pernah terdetik untuk membunuh diri akibat tekanan hidup.

Pengakuannya itu dikongsikan kepada Faizal dengan menyertakan sebuah tangkapan skrin tweet nya yang bertarikh 17 Januari 2019 untuk membunuh diri. Setelah mendapat mesej tersebut, Faizal terus menghubungi peminatnya untuk memberi semangat dan peminatnya itu menunjukkan rasa bersyukur kerana mendapat kata-kata semangat daripada Faizal sendiri.

Faizal juga melahirkan rasa bersyukur dan mengatakan bahawa inilah kekuatan muzik dan ini adalah antara sebab beliau masih meneruskan kerjaya muziknya. Yang paling penting, mesej yang ingin disampaikan dalam lagu Bisa Aja dapat memberi manfaat kepada semua lapisan masyarakat.