Sejak minggu lalu, kisah penderitaan Mohd Shafuan Nor Azahar,20 yang menghidap kanser tulang telah mendapat perhatian ramai dan turut tular di media sosial. Kisah remaja berkenaan yang meruntunkan jiwa itu benar-benar membuatkan hati netizen dan turut membuatkan penyanyi, Awi Rafael tampil untuk menziarah Shafuan.

Awi Sebak 

Menerusi laman Instagram nya, Awi telah berkongsi sebuah video dimana dia ketika itu dia sedang melawat remaja itu yang dirawat disebuah hospital.

Terdahulu, menerusi sebuah perkongsian, Shafuan dahulunya merupakan seorang remaja yang cukup aktif dan berbakat di sekolah nya. Dalam pada itu, Awi yang berkesempatan untuk berbual bersama Shafuan dilihat turut mengalir air mata.

View this post on Instagram

Petang tadi sempat visit Adik Shafuan di HKL bersama ayahnya. Shafuan menghidap penyakit kanser tulang, Ibunya pula juga terlantar sakit akibat stroke sejak dua tahun lalu. – Ayahnya terpaksa tidak berkerja utk menjaga Safuan sepenuhnya di Hospital & Abgnya pula harus berkerja di Jelebu, Negeri Sembilan sambil jaga ibu & adik. Bayangkan keadaan keluarga & bil2 yg perlu dibayar? – Kita pasti dapat menolong keluarga Adik Shafuan, boleh contact Abgnya (Nazar) dari link di Instastory. 🙏🏻🙏🏻 . Banyak yg Awi sempat bual dgn Shafuan, he’s a strong kid with a good heart. Terharu tgk semangatnya utk capai impiannya.. He is only 20 years old 😔😔😔 – Life is unfair boy.. but these moments will pass. Amin. 🙏🏻 (Please share his story) #cancer #bonecancer #childrencancer #malaysia #positivevibes #faith @nationalcancersocietymy @maknacancer

A post shared by Awi Rafael (@awirafael) on

Seru Pengikut Untuk Hulurkan Bantuan 

Malah Awi turut menyeru kepada orang ramai dan pengikutnya agar dapat menghulurkan bantuan buat Shafuan dimana kos rawatannya dianggarkan mencecah hingga RM 70,000. Penyanyi itu juga telah berkongsi nombor telefon ahli keluarga Shafuan buat mereka yang ingin menghulurkan bantuan.

Semoga dengan perkongsian Awi ini sedikit sebanyak dapat membantu remaja ini menampung kos rawatannya.