Rezeki pengantin! Mungkin itulah yang sesuai digambarkan buat pelakon Fasha Sandha. Selepas bergelar isteri kepada pelakon Aidil Aziz, semalam Fasha mengumumkan satu lagi khabar gembira yang disifatkannya sebagai rezeki buat mereka sekeluarga.

Dilantik Menjadi Duta 

Manakan tidak, dengan turut berseloroh inainya masih merah di jari, Fasha telah mengumumkan bahawa dia kini telah dilantik secara rasmi sebagai duta sebuah produk kesihatan terkenal, Inner Shine bagi tahun 2019. Sebagai info, Fasha dan Aidil selaamt bergelar sebagai suami isteri pada 30 Mac yang lalu dengan sekali lafaz.

“Bismillahirahmanirahim, Inai merah masih dijari. Rezeki kahwin dan anak-anak, hari ini saya di Kuala Lumpur untuk PC perlantikan saya sebagai Duta Inner Shine terbaru untuk tahun 2019″

Peminat Dan Rakan Artis Banjiri Ucapan Tahniah 

Perkongsian pelakon itu di Instgram nya ternyata turut membuatkan peminat gembira.

BACA  Mengapa Fasha Sandha & Aidil Aziz Tolak Tajaan Perkahwinan RM200 Ribu?

Rata-rata rakan artis lain juga membanjiri ruangan komen Instagram Fasha dengan ucapan tahniah selain turut akui ianya sebagai rezeki pengantin baharu. Tahniah diucapkan buat Fasha!