Pada tahun 2018, Google telah memperkenalkan feature terbarunya iaitu Google Call, fungsi Google Call ini hanya boleh di temui pada telefon Google Pixel sahaja. Tetapi kini fungsi tersebut boleh di gunakan kepada telefon jenama lain seperti Nokia dan Motorola.

Foto: Digital Trends

Fungsi feature Google Call ini membolehkan Google Assistant untuk menjawab panggilan telefon dan fungsi feature canggih ini kini boleh digunakan bagi telefon yang menggunakan prosessor Android One!

Foto: Lowyat.net

Menariknya tentang maklumat terbaru ini adalah, apabila Reddit menemui dua flag terbaru yang di tambah di dalam Google Phone App dengan sistem beta yang telah di kemaskini. Dan dua nama flag yang di temui tersebut adalah Nokia dan Motorola.

BACA  HTC Keluarkan Telefon Kategori Mid Range Kapasiti 6GB RAM
Foto: Lowyat.net

Berdasarkan nama yang terdapat pada flag di dalam Google tersebut, pastinya telefon-telefon jenama lain juga akan dapat menggunakan feature canggih Google Call ini. Meskipun begitu, ia bergantung juga kepada jenis Google Phone App yang di luluskan oleh pihak Google sendiri sebelum ia boleh digunakan.

Foto: Pocket Now

Malah kedua-dua flag iaitu Nokia dan Motorola sendiri belum boleh menggunakan fungsi ini kerana ia masih belum di lancarkan secara rasmi. Tetapi apa yang boleh di lihat di sini adalah, feature ini dapat di gunakan kerana kedua-dua telefon dari jenama tersebut menggunakan Android One terhadap keluaran telefon bimbit terbaru mereka.

Jadi ianya tidak haiwan jika sistem yang ada pada Android One membolehkan dan menyokong sistem Google Call ini. Apa-apa pun, sama-sama kita nantikan fungsi ini dilancarkan pada kedua-dua telefon ini secara rasmi nanti!

BACA  Botol Shampoo Lama Di Inovasi Menjadi Tangan Palsu 3D?