Seperti yang sedia maklum, Google telah mula menutup laman sosial networknya iaitu Google+ bermula tahun ini. Google+ yang di bangunkan oleh Google ini pada awalnya berharap ia dapat berdiri setanding dengan dua platform sosial network terbesar dunia iaitu Facebook dan Twitter.

Tetapi sayang, tidak ramai yang menggunakan Google+ ini, berbanding dengan Facebook dan Twitter yang dengan mudahnya menarik berjuta-juta pengguna di seluruh dunia dalam tempoh masa yang singkat!

Foto: TNW

Tambahan lagi, berjuta-juta maklumat mengenai pengguna Google+ ini bocor di internet dan hanya memberi makluman kepada si pengguna selepas sebulan dari kebocoran maklumat pengguna Google+.

Foto: BBC

Aspek penting bagi pengguna untuk memilih sosial network adalah segala data peribadi milik pengguna selamat dan tidak mudah ‘keluar’ terdedah begitu sahaja. Dan dari kegagalan menjaga keselamatan data dan gerak kerja rangkaian sosial yang bermasalah, menjadikan platform ini merundum jatuh.

Foto: PC Mag

Meskipun begitu, Google+ ini juga mempunyai sisi positifnya yang berperanan menjadi tapak bagi komuniti kecil bagi membincangkan topik-topik semasa menerusi platfrom tersebut.

Foto: Tribun News

Walau bagaimanapun, Google telah membuat keputusan untuk menutup terus platform rangkaian sosial ini dan ianya akan di lakukan secara perlahan-lahan dan memadamkan segala maklumat dan akaun Google+.

Penutupan ini akan mengambil masa dalam beberapa bulan dari sekarang dan bagi pengguna yang masih memiliki akaun Google+ di nasihatkan memindahkan segala gambar dan video anda ke Google Photos. Sebelum Google menghapuskan segala input di dalam semua akaun pengguna Google+.