Pada November lalu, penyanyi antarabangsa Britney Spears telah menjual rumahnya di Las Vegas atas tujuan kerana ingin memfokuskan pada perihal keluarga nya.

Jalani Pemeriksaan Mental 

Terbaru, media antarabangsa melaporkan bahawa penyanyi ini telah mendapatkan khidmat pemeriksaan mental di sebuah pusat kesihatan mental. Menurut laporan tersebut, Britney telah menjalani pemeriksaan tersebut selepas menderita akibat tekanan perasaan. Puncanya dikatakan akibat dia berasa tertekan dengan penyakit usus yang dihidapi bapanya,Jamie yang semakin parah.

Muat Naik Posting Terbaharu Di Instagram 

Malah bapanya juga hampir maut selepas mengalami komplikasi pembedahan tersebut. Hubungan Britney dan bapanya begitu rapat dan mereka banyak berkongsi kisah antara satu sama lain.

View this post on Instagram

We all need to take time for a little "me time." 🙂

A post shared by Britney Spears (@britneyspears) on

Disebabkan itu, Britney lebih memfokuskan perihal bapanya sehingga kadangkala dirinya juga terabai. Menguatkan lagi dakwaan berkenaan, pelantun yang terkenal dengan Baby One More Time ini telah memuatnaik sebuah posting terbaharu berkenaan sayangi diri sendiri. Posting itu dimuatnaik Britney sejak kali terakhir mengemaskini akaun Instagram nya sejak 13 Januari lalu.