Penantian Blink akhirnya terjawab! Selepas single Ddu-Ddu-Ddu yang mencetuskan fenomenanya sendiri, tengah malam tadi kumpulan penyanyi wanita Korea terkenal, Blackpink yang dianggotai oleh Lisa, Jennie Kim, Rosé, Jisoo telah melancarkan single terbaharu mereka yang berjudul Kill This Love.

Kill This Love Dilancarkan 

Lagu tersebut yang merupakan lagu utama untuk album yang juga berjudul Kill This Love itu ternyata menampilkan satu lagi anjakan Blackpink apabila lagu dan kombinasi video muzik dikatakan cukup bertenaga. Malah siapa sangka, meskipun dilancarkan pada tengah malam tadi waktu tempatan, Kill This Love terus unggul mencipta sejarah muzik dunia dan K-Pop!

Catat 3 Rekod Baharu 

Kurang daripada 24 jam, Kill This Love sudah mendominasi 3 rekod baharu! Selain menjadi kumpulan penyanyi dari Korea baik lelaki mahupun perempuan yang mencapai rekod tontonan 20 juta paling pantas, video muzik ini juga telah memecah rekod Ariana Grande yang mencatat 1 juta tontonan hanya dalam masa 30 minit.

BACA  Cecah RM40k Sebulan! Jom Intai Pangsapuri Mewah Blackpink, Girlband Terkaya di Korea

Sebelum ini, Ariana menerusi single ‘Thank You, Next’ telah mencatat 1 juta tontonan dalam masa 1 jam 10 minit.

Selain itu, melengkapkan rekod cemerlang Blackpink, single terbaharu ini juga telah menumpaskan rekod selama 15 tahun yang dipegang oleh kumpulan Destiny Child sebagai kumpulan penyanyi wanita yang mendominasi carta teratas iTunes Amerika Syarikat.

Tidak mustahil, Blackpink akan turut mencatat rekod lain dalam masa terdekat ini bukan?