Buat penggiat industri dan pelapis-pelapis muda, ini mungkin berita gembira buat mereka. Ini kerana Universiti Teknologi MARA (UiTM), Fakulti Filem, Teater dan Animasi (FiTA),  Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT), Kementerian Pendidikan  Malaysia (KPM) dengan kerjasama Yayasan Hasanah, Perbadanan Kemajuan Filem Malaysia (FINAS) dan Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) bakal menganjurkan FiTA WAVE Short Film Award 2019 buat julung kalinya dengan tema ‘Imagining and Inspiring Malaysians Through Life-Long Learning’.

Ahmad Idham Umum Khabar Gembira 

Semalam, sebuah sidang media telah diadakan di UiTM Shah Alam dimana dalam majlis itu turut dihadiri oleh Ahmad Idham Ahmad Nadzri selaku Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) FINAS. Terdahulu, Ahmad Idham telah dilantik sebagai CEO FINAS yang baharu bagi tempoh dua tahun. Dalam majlis itu, Ahmad Idham telah mengumumkan khabar gembira buat peserta-peserta yang akan sertai FiTA Award di mana dia menjanjikan 5 calon akhir terbaik akan diserap untuk satu projek khas dibawah bimbingannya.

” Ada satu pengumuman khas saya nak buat. Dimana saya mahu lihat top 5 pencalonan akhir ini kelak untuk diserap ke satu projek khas filem saya. Harapan saya sejak dahulu, mahu menyaksikan penggiat industri kreatif ini lebih jauh ke hadapan dan program seperti ini merupakan salah satu platformnya”

Hadiah Lumayan Untuk Peserta 

Dalam perkembangan lain, pertandingan ini terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia dan terbahagi kepada tiga jenis penyertaan iaitu Pelajar Sekolah Menengah, Kolej dan Universiti. Orang awam yang berminat turut dialu-alukan untuk menyertai pertandingan ini. Pihak penganjur turut mengumumkan hadiah pertandingan ini berupa wang tunai, trofi serta sijil penyertaan.

Hadir sama pada sidang media ini ialah YBhg. Profesor Ir. Dr. Mohd Azraai Kassim, Naib Canselor UiTM, YBhg. Dato’ Profesor Dr. A. Razak Haji Mohaideen, Dekan Fakulti FiTA merangkap pengerusi pertandingan, YBhg. Dato’ Haji Mohamad Ali Hassan, Naib Presiden ANGKASA, dan barisan selebriti yang akan turut menjadi sebahagian dari tenaga pengajar di UiTM kelak, Vanidah Imran dan Yusry KRU.

BACA  Punca Izzue Islam Keluar Forteen Kerana Grup Baru The Novic Gypsy?